Yang DiPertua dan seluruh Jawatankuasa PIBG Sek Men Keb Syed Mohamed Al-Bukhary mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua beroleh KETAQWAAN
Friday, 20 July 2012
Tuesday, 17 July 2012
ISU MEMBENARKAN TELEFON BIMBIT DAN iPAD KE SEKOLAH
Bermacam-macam reaksi daripada pelbagai pihak hangat diperkatakan apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah merangka Deraf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun 2013.
Sememangnya ada pro dan kontranya isu ini. Antara yang membimbangkan kita selaku waris ialah pertamanya, bimbang akan disalah guna kemudahan tersebut. Keduanya apabila akan berlakunya kecurian atau kehilangan gajet berharga ini.
Dan dikalangan kita juga tentunya ada yang menyukainya kerana memudahkan kita untuk mengesan anak kita terutama selepas waktu sekolah.
Ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kemudahan ini disalah gunakan untuk perkara seperti menghantar SMS sesama kawan di dalam kelas atau luar kelas, melayari internet pada waktu sekolah, mengemaskini status di Facebook, twitter, merakam aksi kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.
Dan kita juga jangan lupa kesan kepada pelajar yang tidak mempunyai telefon dan iPad, mereka akan mula merengek meminta ibu bapa membelikan gajet ini kerana melihat kawan-kawan lain sudah mempunyainya, dan sikap ingin menunjuk-nunjuk kecanggihan gajet akan menyebabkan timbul pelbagai gejala buruk seperti kehilangan dan kecurian gajet ini dikalangan mereka. Beberapa kesan lain juga akan timbul seperti hilang fokus ketika guru mengajar dan akan wujud pula agen menjual kad tambah nilai dikalangan pelajar dan tidak mustahil dikalangan guru-guru sendiri!
Murid juga akan timbul sikap menjadi malas untuk mencatat nota dengan adanya kemudahan perakam suara dan video pada telefon bimbit untuk merakam pengajaran guru dalam kelas.
Tidak dinafikan banyak negara maju termasuk USA, Jerman. Britain dan Korea Selatan mengiktiraf telefon dan gajet sebagai 'buku digital' dan sekolah-sekolah mereka yang membenarkan kemudahan ini menduduki tangga pertama dalam penyelesaian masalah di sekolah. Namun kita tidak boleh menolak kesan negetif penggunaannya di sekolah jika dibandingkan kepada tahap disiplin dan sikap pelajar negara tersebut dengan Malaysia.
Sehubungan dengan itu Deraf Peraturan Pendidikan ini perlu dilakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam bagi menangani pelbagai kesan yang bakal terbit nanti. Yang pasti semua pihak perlu TEGAS apabila dilaksanakan nanti.
PIBG Al-Bukhary akan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Jawatankuasa akan datang, insyaAllah.
Wednesday, 4 July 2012
** KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 25 **
Pada 3 Julai 2012 telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang Sek Men Keb Syed Mohamaed Al-Bukhary kali ke 25. Kejohanan kali ini telah diadakan di Stadium Darul Aman, yang terletak berhampiran sekolah.
Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Dato' Haji Mohd Yusof bin Ismail, Pengarah Urusan Usima Group, sebuah syarikat kontraktor hebat di Malaysia yang kebetulan anaknya turut menuntut di SMKSMAB. Walaupun kejohanan dilangsungkan dalam cuaca hujan yang turun mencurah-curah, namun ianya gagal mematahkan semangat warga Al-Buhkary dalam mengharungi penganjuran kejohanan kali ini.
Turut hadir menyaksikan kejohanan ialah beberapa orang AJK PIBG yang turut bertindak selaku pengadil beberapa acara termasuk pertandingan kawad perbarisan kontijen pasukan.
UPACARA PERBARISAN MASUK KONTIJEN PASUKAN.
Ucapan perasmian. |
Larian obor kejohanan. |
Persembahan warga sekolah. |
Antara tetamu jemputan yang hadir. |
Tumbuh melata keladi bunting Mencelah pakis berbatang-batang Siapa kata sukan tak penting Di sini lahirnya pelbagai bintang. |
Menimbun galah di tepi kuburan Di waktu siang kelihatan pedada Menang dan kalah bukan ukuran Semangat juang yang perlu ada. |
Subscribe to:
Posts (Atom)