Sunday 3 March 2013

** MESYUARAT AJK PIBG SESSI 2013 KALI PERTAMA **


Mesyuarat kali pertama barisan jawatankuasa yang baru ini telah diadakan pada 27 Februari 2013 selepas pelantikannya yang diadakan melalui mesyuarat agung pada 3 Februari 2013.
Terdapat perubahan besar dalam barisan jawatankuasa kali ini apabila YDP yang lama mengundurkan diri.

Mesyuarat kali pertama ini menerima suatu kejutan apabila turut dihadiri oleh YB Dr. Cheah Soon Hai, ADUN Derga, kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah yang merangkumi kawasan Sek Men Syed Mohamad Al-Bukhary. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengharapkan agar PIBG dapat membantu pihak sekolah dalam kerangka memartabatkan pendidikan negara dan menyatakan kesanggupan beliau untuk membantu pihak sekolah sekiranya diperlukan. Sebagai menterjemah kata-katanya, beliau kemudiannya menyerahkan sekeping cek bernilai RM2,000.00 kepada pihak PIBG.

En. Zainol Annuar, YDP PIBG sedang mempengerusikan mesyuarat.
Antara AJK PIBG yang hadir.
Setiausaha PIBG yang baru.

YDP, Pengetua dan YB Dr. Cheah.
YB Dr. Cheah sedang menyampaikan ucapan kepada barisan AJK PIBG.
YB Dr. Cheah sedang menyerahkan cek bernilai RM2,000.00 kepada YDP PIBG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http://pibgmybukhary.blogspot.com/