Friday 8 February 2013

SARANA PIBG

Pada awal minggu persekolahan tahun 2013, pihak PIBG telah mengedarkan borang kaji selidik berkaitan ibubapa dan anak-anak mereka yang dinamakan Sarana PIBG. Dalam sarana tersebut semua para waris dikehendaki mengisi  maklumat yang menyeluruh dalam borang tersebut yang  berkaitan hubungan antara kedua pihak samada dari segi pelajaran atau aktiviti anak-anak di dalam rumah dan di luar rumah.

Sehingga 29 Januari 2013, hanya 75% sahaja borang tersebut dikembalikan oleh waris kepada pihak PIBG, semoga menjelang akhir Februari nanti kesemua borang tersebut dapat diserahkan sepenuhnya demi untuk kebaikan semua.

Antara soal selidik yang terkandung dalam sarana tersebut ialah kemampuan pihak waris untuk membantu PIBG dan sekolah dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan, samada oleh pihak PIBG ataupun pihak sekolah.

Menyahut sarana tersebut ialah En. Yahya b. Abd Raof, salah seorang AJK PIBG yang turut menyertai pasukan bolasepak sekolah dalam siri pertandingan peringkat bawah 17 tahun Daerah Kota Setar. Perlawanan yang diadakan pada 5.2.2013 di padang STAR, Mergong yang berkesudahan dengan Sek Men Syed Mohamaed Al-Bukhary seri 2 - 2 menentang Sek Men Syed Omar, seterusnya muncul sebagai Naib Johan kumpulan untuk menentang Sek Men Tunku Abdul Malik pada 18 Februari nanti.


Pemain Al-Bukhary memakai jersi warna merah



Cikgu Razif selaku jurulatih sedang memberi tip sewaktu rehat separuh masa pertama.



En. Yahya, salah seorang AJK PIBG, berbaju biru turut pergi memberikan sokongan moral kepada pemain.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http://pibgmybukhary.blogspot.com/