Tuesday, 28 February 2012
Monday, 27 February 2012
Pengumpulan dana melalui AMONIA
AMONIA (A Morning in Al-Bukhary)
AMONIA adalah acara tahunan rasmi SMKSMAB untuk mengumpul dana melalui aktiviti bersarapan sambil menderma. Bertujuan merealisasikan sesuatu projek sekolah yang memerlukan kos tinggi.
Projek AMONIA 1 (2010) "Anjung Al-Bukhary"
Terhasil sebuah laluan berbumbung dengan kos RM 26,000 bagi melindungi pelajar daripada basah semasa hujan ketika datang dan pulang dari sekolah.
Projek AMONIA 2 (2011) "Arena Al-Bukhary"
Terhasil sebuah gelanggang serba guna dengan kos RM 42,000 yang menempatkan gelanggang Bola Jaring, Bola Keranjang, Tenis, Badminton dan Sepak Takraw.
Projek AMONIA 3 (2012) "Surau Sekolah"
Selari dengan konsep perlaksanaan amal ibadat dalam keadaan selesa, maka surau SMK Syed Mohamed Al-Bukhary diberi keutamaan dalam projek AMONIA kali ini.
Kos sebanyak RM 60,000 diperlukan bagi:
- Menaik taraf pendawaian elektrik dan memasang penghawa dingin.
- Mengganti karpet dengan jubin.
- Mengecat semula surau.
- Mengindahkan laman surau.
Dana amat diperlukan, sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui:
Penolong Kanan HEM SMKSMAB.
(Tuan Haji Azizan Bin Saud)
No Tel Sekolah: 04-7308841
Sumbangan boleh disalurkan melalui no akaun PIBG
02011010026477
Sunday, 26 February 2012
Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2011
Banyak Program sekolah dijalankan yang melibatkan PIBG secara langsung dan kebanyakkannya membabitkan sumbangan wang daripada PIBG. Antaranya ialah:
1. Merentas Desa
PIBG telah memberi sumbangan wang untuk pembelian hadiah kepada para pemenang Merentas Desa yang telah diadakan pada 16 Januari 2011.
2. Kejohanan Padang dan Balapan SMKSMAB 2011
Kejohanan Padang dan Balapan 2011 telah diadakan pada 26 Jun 2011 di Stadium Darulaman, Alor Setar. PIBG merupakan penaja utama kejohanan ini dengan menyediakan peruntukkan yang besar untuk persiapan dan hadiah kepada pemenang.
3. 'A Morning in Al-Bukhary' (AMONIA)
Amonia telah diadakan pada 5 Mac 2011. Tujuan diadakan program tersebut untuk mecari sumbangan untuk membiayai kos bagi melaksanakan Arena Al-Bukhary. Program ini telah mendapat kejayaan yang cemerlang dengan mendapat sumbangan hampir RM40,000.00. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dari waris dan masyarakat setempat.
4. Pembinaan Arena Al-Bukhary
Arena Al-Bukhary ialah sebuah gelanggang serbaguna untuk permainan bola jaring, tenis, bola tampar, sepak takraw, bola keranjang dan futsal. Gelanggang ini telah mula dibina pada bulan September 2011. Kos pembinaan awalnya sebanyak RM32,325.00 dan tambahan kecil telah dibuat dan kosnya telah menjadi RM40,509.00. Gelanggang ini dibiayai sepenuhnya oleh PIBG dengan para dermawan.
5. Majlis Anugerah Cemerlang Akademik (MACA 2011)
MACA 2011 telah diadakan pada 29 April 2011 di Dewan Iltizam. PIBG telah memberi sumbangan untuk membiayai sebahagian kos bagi melaksanakan majlis tersebut.
6. Program Peningkatan Prestasi Akademik
Program Peningkatan Prestasi Akademik telah bermula pada bulan Mac 2011 sehingga peperiksaan PMR dan SPM. Antara program yang dijalankan ialah Kelas Fleksi, Kelas Flashback, Kem Kecemerlangan, program-program motivasi serta ceramah teknik menjawab untuk PMR dan SPM. PIBG telah membiayai sepenuhnya kos untuk mencetak bahan yang digunakan dalam program tersebut dan bayaran penceramah untuk program-program motivasi.
7. Kem Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM
Kem Kecemerlangan PMR dan SPM telah diadakan pada bulan September 2011. Dalam kem ini pelajar-pelajar telah didedahkan dengan hala tuju masing-masing dan cara belajar yang betul. Di samping itu, pelajar juga diberi panduan berguna untuk menjadi pelajar cemerlang.
8. Klinik Matematik
Klinik matematik ini merupakan satu bilik khas bagi guru-guru matematik untuk bertugas membimbing pelajar yang lemah dalam subjek ini. Terdapat kemudahan dan alat bantu mengajar di sini. Proses penyelenggaraan klinik ini telah dibiayai oleh PIBG.
9. Sumbangan kepada Pelajar Pendidikan Khas
Pelajar pendidikan khas di sekolah ini juga mendapat perhatian yang istimewa dari PIBG sekolah. Peruntukkan khas telah disediakan untuk keperluan pelajar ini. Antaranya ialah laluan khas pelajar ini dari asrama ke sekolah, menyediakan keperluan memasak (Cooker Hood) dan lain-lain lagi. Peruntukan juga disediakan untuk pelajar ini yang menyertau acara sukan dan aktiviti kokurikulum.
10. Majlis Bacaan Yasin PMR dan SPM
Majlis ini diadakan pada 6 Oktober 2011 untuk pelajar PMR dan 10 November 2011 untuk pelajar SPM, bertempat di surau sekolah. Pendaftaran waris bermula jam 12.45 tengah hari. Aturcara dimulakan dengan Solat Zohor berjemaah, Solat Hajat dan bacaan Yasin. Majlis melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis diakhiri dengan Mohon Restu daripada ibu bapa dan guru-guru yang mengajar tingkatan 3 dan 5.

Pemakluman : AMONIA 3 dan Mesyuarat PIBG Kali ke 33 (2012).
Dimaklumkan kepada semua warga Bukharian dan semua waris kepada pelajar, majlis gilang gemilang yang menjadi acara tahunan SMKSMAB iaitu AMONIA 3 ( A MORNING IN AL-BUKHARY) akan diadakan sekali lagi pada 25 Februari nanti, Majlis ini akan diadakan serentak dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 33. Mesyuarat PIBG kali ini akan diadakan di Dewan Iltizam.
![]() |
| Guru dan Waris berpisah tiada,..pakatan PIBG membina bangsa berjaya. |
AMONIA 3 dijangka bermula seawal jam 7.40 pagi manakala Mesyuarat PIBG akan dilangsungkan pada jam 11 pagi. Diharap pelajar dan waris bersedia untuk merealisasikan satu lagi hasrat suci hasil kutipan dari AMONIA nanti.
Sebelum ini AMONIA 1 yang diadakan pada 2010 berjaya mendidikan "Anjung Bukhary" yang merupakan laluan pelajar untuk masuk ke perkarangan sekolah dengan selamat ketika hujan tanpa perlu bimbang dengan keadaan basah kuyup untuk belajar.
AMONIA 2 pula telah berjaya mewujudkan satu gelanggang permainan untuk pelajar. Gelanggang ini dinamakan "Arena Al-Bukhary" dan sedia untuk digunakan oleh para pelajar untuk aktiviti permainan seperti Bola Keranjang, Bola Jaring, Badminton dan Sepak Takraw.
AMONIA 3 pula akan mensasarkan surau sekolah serta bilik-bilik khas untuk diberi sentuhan dan kemudahan baru seperti cat dan penghawa dingin yang bakal menjanjikan lebih keselesaan buat semua.
Sama-sama kita bekerjasama dalam satu pasukan kerja yang mantap. Semoga para waris dan guru yang bernaung di bawah payung PIBG SMKSMAB akan mengorak langkah yang lebih bersemangat nanti.
Sama-sama kita nantikan detik itu...semoga dipermudahkan Allah. Amin.
A Morning in Al-Bukhary (AMONIA) 2
Milik siapakah semua hadiah ini?
Antara hadiah untuk cabutan bertuah program AMONIA 2
Salam semua Bukharian, tentu semua teruja bila melihat hadiah- hadiah menarik ini kan? Dalam hati masing-masing berharap agar salah satunya dapat dimiliki nanti,...opppp sabar dulu, kalau ada rezeki insyaallah dapatlah nanti...banyakkan berdoa ye...tapi dah beli kupon ke?...Sesiapa yang tidak membeli kupon, janganlah berangan-angan pulak nooo..... mungkin inilah persoalan yang berlegar difikiran semua dua tiga hari lepas.
Pada hari ini, Sabtu 5 Mac 2011, berlangsunglah Amonia 2 yang selama ini menjadi perbualan semua Bukharian. Hari ini menyaksikan pelbagai acara penting berlaku di SMKSMAB. Selain AMONIA 2, hari ini juga penentuan bagi kejuaraan futsal peringkat sekolah. Mesyurat Agung PIBG juga turut dilangsungkan serentak. Para guru dan pelajar masing-masing mempunyai tugas tersendiri.
Semua persoalan kini sudah terungkai....semua telah menyaksikan dan mengalami sendiri kemeriahan program tahunan ini. Bermula dengan senamrobik, acara hari ini disemarakkan dengan jualan dari gerai-gerai yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar, guru dan pihak PIBG. Tidak ketinggalan agensi dari luar yang banyak memberi tajaan berupa hadiah dan hamper untuk dijadikan cabutan bertuah.
Sesungguhnya niat yang baik akan diberkati oleh Allah. Alhamdulillah hasil penat lelah semua pihak yang menjayakan AMONIA 2 ini, dana yang dikutip adalah seperti berikut:
Kutipan dari guru dan pelajar berjumlah: RM 18,877.00
Tajaan Agensi luar berjumlah: RM 9360.00
Jumlah pendatan kasar: RM 28,237.00
Modal untuk gerai dan makanan pelajar: RM 10.996.00
Pendapatan bersih Amonia 2: RM 17,241.00
Perbelanjaan untuk membina Arena Al-Bukhary dijangka mencecah RM30,000.00. Ini bermakna semua warga sekolah harus berusaha menambah kutipan bagi membolehkan arena yang menempatkan pelbagai gelanggang permainan dapat dilaksanakan. Justeru Madam Dewi Rosnah memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini, persetujuan telahpun dibuat anatara sekolah dan pihak waris bagi mendapatkan sumbangan wajib bagi setiap pelajar. Bagi pelajar baru bayaran wajib yang dikenakan ialah RM50.00 dan RM30.00 bagi pelajar sedia ada di SMKSMAB. Bayaran ini hanya dikenakan sekali sepanjang persekolahan setiap pelajar di SMKSMAB. Melalui kutipan seperti ini, pihak sekolah dapat melaksanakan pelbagai program yang melibatkan pembangunan fizikal sekolah. Semoga semuanya berjalan lancar. Insyaallah.
![]() |
| Antara hadiah untuk cabutan bertuah program AMONIA 2 |

| Gerai Kek dan Roti dikendalikan oleh cikgu Suziana. |

Subscribe to:
Posts (Atom)