Friday, 8 February 2013

SARANA PIBG

Pada awal minggu persekolahan tahun 2013, pihak PIBG telah mengedarkan borang kaji selidik berkaitan ibubapa dan anak-anak mereka yang dinamakan Sarana PIBG. Dalam sarana tersebut semua para waris dikehendaki mengisi  maklumat yang menyeluruh dalam borang tersebut yang  berkaitan hubungan antara kedua pihak samada dari segi pelajaran atau aktiviti anak-anak di dalam rumah dan di luar rumah.

Sehingga 29 Januari 2013, hanya 75% sahaja borang tersebut dikembalikan oleh waris kepada pihak PIBG, semoga menjelang akhir Februari nanti kesemua borang tersebut dapat diserahkan sepenuhnya demi untuk kebaikan semua.

Antara soal selidik yang terkandung dalam sarana tersebut ialah kemampuan pihak waris untuk membantu PIBG dan sekolah dalam beberapa aktiviti yang dianjurkan, samada oleh pihak PIBG ataupun pihak sekolah.

Menyahut sarana tersebut ialah En. Yahya b. Abd Raof, salah seorang AJK PIBG yang turut menyertai pasukan bolasepak sekolah dalam siri pertandingan peringkat bawah 17 tahun Daerah Kota Setar. Perlawanan yang diadakan pada 5.2.2013 di padang STAR, Mergong yang berkesudahan dengan Sek Men Syed Mohamaed Al-Bukhary seri 2 - 2 menentang Sek Men Syed Omar, seterusnya muncul sebagai Naib Johan kumpulan untuk menentang Sek Men Tunku Abdul Malik pada 18 Februari nanti.


Pemain Al-Bukhary memakai jersi warna merah



Cikgu Razif selaku jurulatih sedang memberi tip sewaktu rehat separuh masa pertama.



En. Yahya, salah seorang AJK PIBG, berbaju biru turut pergi memberikan sokongan moral kepada pemain.




Sunday, 3 February 2013

Bantuan Awal Persekolahan


Pada 29 Januari 2013 telah berlangsung majlis penyerahan wang tunai RM100.00 kepada waris pelajar Sek Men Syed Mohamamed Al-Bukhary. Program BRIM ini telah disampaikan oleh Dato' Ahmad b. Lebai Sudin, Penyelaras Parlimen Pokok Sena. Turut serta dalam majlis ialah Puan Pengetua dan AJK PIBG.

Sempena program ini, turut diadakan ialah perasmian Arena Al-Bukhary, gelanggang sukan pelbagai guna yang dibina hasil sumbangan wang ringgit waris pelajar dan pelbagai tajaan dari pihak luar. Perasmian telah disempurnakan oleh Dato' Ahmad Lebai Sudin




Gimik perasmian...



Dato' Ahmad beramah mesra dengan pelajar.

Wednesday, 15 August 2012

SALAM AIDILFITRI


Selamat menyambut hari lebaran kepada seluruh warga Sek Men Keb Syed Mohamed Al-Bukhary daripada Yang DiPertua dan AJK PIBG.
MINAL AIDIL WAL FA IZIN

Friday, 20 July 2012

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN KAREEM


Yang DiPertua dan seluruh Jawatankuasa PIBG Sek Men Keb Syed Mohamed Al-Bukhary mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua beroleh KETAQWAAN


Tuesday, 17 July 2012

ISU MEMBENARKAN TELEFON BIMBIT DAN iPAD KE SEKOLAH


Bermacam-macam  reaksi daripada pelbagai pihak hangat diperkatakan apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah merangka Deraf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun 2013.

Sememangnya ada pro dan kontranya isu ini. Antara yang membimbangkan kita selaku waris ialah pertamanya, bimbang akan disalah guna kemudahan tersebut. Keduanya apabila akan berlakunya kecurian atau kehilangan gajet berharga ini.

Dan dikalangan kita juga tentunya ada yang menyukainya kerana memudahkan kita untuk mengesan anak kita terutama selepas waktu sekolah.

Ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kemudahan ini disalah gunakan untuk perkara seperti menghantar SMS sesama kawan di dalam kelas atau luar kelas, melayari internet pada waktu sekolah, mengemaskini status di Facebook, twitter, merakam aksi kawan-kawan dan guru-guru dan sebagainya.

Dan kita juga jangan lupa kesan kepada pelajar yang tidak mempunyai telefon dan iPad, mereka akan mula merengek meminta ibu bapa membelikan gajet ini kerana melihat kawan-kawan lain sudah mempunyainya, dan sikap ingin menunjuk-nunjuk kecanggihan gajet akan menyebabkan timbul pelbagai gejala buruk seperti kehilangan dan kecurian gajet ini dikalangan mereka. Beberapa kesan lain juga akan timbul seperti hilang fokus ketika guru mengajar dan akan wujud pula agen menjual kad tambah nilai dikalangan pelajar dan tidak mustahil dikalangan guru-guru sendiri!

Murid juga akan timbul sikap menjadi malas untuk mencatat nota dengan adanya kemudahan perakam suara dan video pada telefon bimbit untuk merakam pengajaran guru dalam kelas.

Tidak dinafikan banyak negara maju termasuk USA, Jerman. Britain dan Korea Selatan mengiktiraf telefon dan gajet sebagai 'buku digital' dan sekolah-sekolah mereka yang membenarkan kemudahan ini menduduki tangga pertama dalam penyelesaian masalah di sekolah. Namun kita tidak boleh menolak kesan negetif penggunaannya di sekolah jika dibandingkan kepada tahap disiplin dan sikap pelajar negara tersebut dengan Malaysia.

Sehubungan dengan itu Deraf Peraturan Pendidikan ini perlu dilakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam bagi menangani pelbagai kesan yang bakal terbit nanti. Yang pasti semua pihak perlu TEGAS apabila dilaksanakan nanti.

PIBG Al-Bukhary akan membincangkan isu ini dalam mesyuarat Jawatankuasa akan datang, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

http://pibgmybukhary.blogspot.com/